Tuesday, August 17, 2010

KEPUPUSAN BIO-DIVERSITI

DEFINISI BIO-DIVERSITI

Bio-diversiti adalah ciri yang paling istimewa pada kehidupan alam sekitar kerana setiap spesies mempunyai ciri-ciri yang tersendiri.Mugkin ia tidak berguna untuk satu spesies tertentu tetapi ia adalah ciri yang penting untuk spesies yang lain dan sekiranya satu spesies musnah maka secara tidak langsung alam sekitar akan kehilangan sesuatu fungsi semulajadi yang kelak akan mempengaruhi keseimbangan ekologi.Bio-diversiti dapat di definisikan sebagai satu keanekaan antara organisma hidup dari pelbagai sumber seperti sumber daratan mahupun lautan dan lain-lain yang melangkau ekosistem akuatik dan sebahagian dari ekosistem yang kompleks termasuk di dalam kelompok spesies dan antara spesies dan ekosistemnya.

Bio-diversiti mengandungi 3 komponen utama iaitu;

1.merangkumi semua organisma hidup termasuklah mikroorganisma seperti bakteria dan kulat serta flora dan fauna tanpa mengira keseragaman spesies mahupun kegunaan organisma-organisma ini kepada kehidupan manusia.
2.setiap peringkat bagi organisasi kehidupan,biodiversiti termasuklah organisma dan kandungan genetiknya dan juga kumpulan bagi organisma yang serupa seperti populasi dan spesies dan juga kumpulan spesies di dalam komuniti dan ekosistem.
3.kesemua interaksi di antara bentuk kehidupan dan tahap organisasinya,biodiversiti bukan hanya sebahagian daripada sistem kehidupan ini berinteraksi di antara satu sama lain seperti persaingan,predasi,simbiosis dan komensalisme.

FAKTOR KEPUPUSAN BIO-DIVERSITI

pembersihan hutan yang menjadi habitat semulajadi spesies-spesies

Ketahui umum bahawa hutan yang paling teruk terjejas ekoran ketamakan manusia ialah hutan hujan tropika di amerika syarikat,asia tenggara dan afrikaJika dilihat di negara kita sendiri habitat hutan telah banyak di musnahkan yang bertujuan untuk pembangunan,perumahan,kawasan pertanian,dan sebagainya.keadaan ini secara tidak langsung akan menyebabkan spesies-spesies ini akan kehilangan habitat semulajadi.Dalam ruang lingkup ini ahli biologi anggarkan bahawa kawasan seluas 10 km2 mengandungi dua kali ganda spesies dengan kadar purata 1 km2.langkah mengurangkan ekosistem kepada satu per sepuluh jumlah asal akan menyebabkan sesetengah daripada spesies akan mengalami kepupusan.contohnya haiwan aras tertinggi dalam kitar makanan seperti singa,harimau,gajah dan sebagainya memerlukan habitat yang luas bagi memastikan jumlah spesies dapat dikekalkan.

pencemaran

hal ini nyata apabila sesuatu kawasan itu tercemar maka secara tidak langsung spesis di kawasan itu akan mula berkurangan kerana spesies akan mati.Pencemaran bahan kimia terhadap spesis air tawar,laut dan tanah misalnya boleh membawa kepada lenyapnya jumlah spesis dalam sesuatu ekosistem.Bahan-bahan yang terhasil daripada hasil pertanian seperti racun serangga boleh meresap melalui larian air bawah tanah iaitu akuifer dan sungai yang akhirnya sampai ke laut dan boleh memusnahkan hidupan laut.Manakala pencemaran atmosfera pula boleh menyumbang kepada perubahan iklim yang mendadak dan di jangka akan mengakibatkan gangguan kepada taburan spesis dan akhirnya membawa kepada kepupusan bio-diversiti.

pembukaan kawasan pelancongan dan kawasan sukan di dalam hutan

Hal ini dapat dilihat apabila sesuatu tempat baru yang ingin dibuka untuk dijadikan kawasan pelancongan dan sukan secara tidak langsung kawasan itu akan dibersihkan dan ciri-ciri geografinya akan turut terjejas seterusnya ekosistem di dalam hutan tersebut akan terganggu dan menyebabkan kestabilan alam turut terjejas.Situasi seumpama ini akan menyebabkan kepupusan bio-diversiti.

KESAN KEPUPUSAN BIO-DIVERSITI

perubahan iklim

Hal ini dapat dibuktikan apabila berlakunya pernyingkiran pokok daripada proses penebangan hutan akan mengurangkan proses transpirasi,kekerapan hujan,dan kadar penggunaan dalam atmosfera semasa proses fotosintesis.Secara tidak langsung keadaan ini akan menyebabkan paras karbon dalam atmosfera meningkat yang kemudiannya menyebabkan berlakunya rumah hijau dan pemanasan global.Selain itu,paras air juga akan meningkat selaras dengan peningkatan suhu bumi dan akan mengubah landskap bumi.

kehilangan sumber bahan mentah

Kepupusan bio-diversiti juga mengakibatkan kehilangan sumber bahan mentah yang berpotensi untuk pelbagai tujuan dan nilai yang tinggi.Hal ini nyata kerana aktiviti manusia yang mengubah ekosistem akan menyebabkan hilangnya diversiti genetik sesuatu spesis sekaligus menyebabkan berlakunya kepupusan.Malah kepelbagaian diversiti juga akan berkurangan akibat daripada kehilangan takungan genetik yang sedia ada.

LANGKAH MENGATASI KEPUPUSAN BIO-DIVERSITI

kempen dan bengkel kesedaran

Kempen dan bengkel ini merupakan jalan terbaik untuk memberi kesedarn akan kepentingan bio-diversiti dalam kehidupan sebagai manusia.Langkah ini juga sesuai untuk membentuk sikap manusia kepada sumber bio-diversiti agar mereka lebih hargai akan sumber bio-diversiti dan mengetahui bahawa ia mempunyai hubung kait dengan kehidupan manusia.

mempertingkatkan kawalan dan pemantauan

Ketahui umum bahawa penggunaan teknologi konservasi bio-diversiti merupakan teknologiyang terunggul malah paling praktikal dan digunakan secara global pada masa kini untuk pemantauan bio-diversiti menerusi satelit.Sensor dipasang di bahagian tertentu spesis haiwan terancam kerana kaedah ini memudahkan untuk pemantauan dan kawalan yang lebih bersistematik terhadapa spesis tersebut.Di samping itu juga,aktiviti pembalakn dan pemburuan haram seharusnya dikawal dengan lebih ketat agar aktiviti tidak bebas dalam melakukan perkara tersebut.

No comments:

Post a Comment