Saturday, August 14, 2010

PERHUTANAN

Hutan merupakan aspek penting dalam kehidupan.Setiap orang mempunyai tanggungjawap untuk menjaga dan memelihara hutan dengan baik.Bagaimanapun,kemusnahan hutan telah berlaku dan mendatangkan kesan buruk terhadap alam sekitar dan manusia.

KEPENTINGAN HUTAN KEPADA ALAM SEKITAR


Menghalang hakisan

Liputan tumbuh-tumbuhan penting dalam melindungi tanih daripada hakisan atau hempasan air hujan serta mengurangkan kadar hakisan larian air hujan permukaan melalui cengkaman akar dan segatan silara.Akar banir yang timbul di permukaan tanah akan menyekat atau memperlahankan halaju larian air permukaan.Keadaan ini menjadikan struktur tanah di kawasan hutan tebal lebih stabil dan kadar hakisan adalah kurang.Contoh peranan hutan dalam mengawal kadar hakisan di Malaysia oleh beberapa penyelidik.Misalnya,mengikut pandangan yang dikemukakan oleh Low(1972)didapati kadar larian air permukaan di kawasan hutan primer adalah berkurang sebanyak 40% sehingga 50% berbanding dengan hutan sekunder.Kajian yang dijalankan oleh Low di Legeh Sungai Lui,Selangor mendapati kadar pintasan oleh konopi pokok adalah sebanyak 36%.Manakala menurut kajian yang dijalankan oleh Bruin(1970)di kawasan hutan di pterokarp sarawak,didapati kadar pintasan oleh konopi adalah sebanyak 35%.Situasi ini menujukkan bahawa kadar hakisan larian air permukaan di kawasan-kawasan tebal dapat dikurangkan oleh lapisan konopi atau silara pokok.


Habitat kepelbagaian flora dan fauna

Hutan berfungsi sebagai habitat kepada pelbagai hidupan liar.Miaslnya hutan hujan tropika seluas 0.5 bilion hektar di kawasan Amazon mempunyai berjuta spesies haiwan dan 1500 jenis tumbuhan.Haiwan-haiwan ini hidup,membesar dan membiak dengan sempurna di dalam kawasan hutan yang ekosistemnya stabil.Hutan menjadi habitat utama untuk haiwan membentuk linkungan dan meneruskan generasi.Tumbuhan yang banyak terdapat  di dalam hutan seperti cengal,meranti,tongkat ali,seraya dan sebagainya.Manakala,haiwan liar pula seperti gajah,ular,monyet dan sebagainya.

Mengekalkan dan mengawal perubahan iklim mikro

Hutan berfungsi dalam mengurangkan kadar kelajuan angina.Contohnya di kawasan hutan hujan tropika,tiupan angin sentiasa tenang dan nyaman berikutan daripada keadaan dirian pokok dan konopi yang tebal di kawasan hutan hujan tropika.Kajian yang dijalankan oleh Seopadmo(1984)untuk melihat bandingan antara kawasan lapang dilakukan di Pasoh ,Negeri Sembilan.Berdasarkan kajian tersebut,didapati  purata halaju angina seperti berikut:
i)aras lantai lautan (halaju angina 0.21 meter/saat)
ii)aras ketinggian 25 meter(halaju angina 0.31 meter/saat)
iii)aras ketinggian 53 meter9halaju angin 1.58 meter/saat)

Halaju ini jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan kawasan lapang yang puratanya ialah 2.13 meter per saat.

KEPENTINGAN HUTAN KEPADA MANUSIA

Meneruskan kelangsungan hidup dan aktiviti ekonomi orang asli

Sumber perhutanan penting dalam sistem ekonomi tradisional terutama dalam kalangan masyarakat orang asli yang masih menjalankan aktiviti pertanian pindah,mengutip hasil hutan dan berburu.Ekosistem hutan menjadi tempat tinggal kepada orang-orang asli di samping menggunakannya untuk mendapatkan sumber-sumber hutan sebagai sumber makanan.Terdapat juga orang-orang asli menjual hasil-hasil hutan sumber ekonomi seperti hasil hutan,dammar,akar kayu untuk perubatan dan sebagainya.

Sumber perubatan kepada manusia

Hutan merupakan sumber ubat-ubatan tradisional utama kepada manusia.Ubat tradisional semua etnik Malaysia boleh dikatakan daripada hutan.Akar kayu,buah,kulit,daun tumbuh-tumbuhan daripada hutan boleh dijadikan ramuan perubatan tradisional.Contohnya Tongkat Ali telah dikenalkan sebagai ubat tradisional yang mujarab untuk kelemahan batin.Sumber perubatan moden juga boleh diperoleh daripada pelbagai spesies flora di kawasan hutan.Dianggarkan 6500 jenis pokok yang terdapat di Malaysia boleh mengubat malaria,siflis,dan ulser perut.Lebih kurang 1400 tumbuhan hutan tropika mempunyai potensi antikanser penyakit teruk yang dihadapi manusia.Kira-kira 25% daripada preskripsi dadah di Amerika Syarikat juga bergantung kepada bahan aktif daripada tumbuh-tumbuhan tersebut.

KESAN-KESAN PEMUSNAHAN HUTAN KEPADA ALAM SEKITAR

Kesan kepada habitat haiwan

Kemusnahan habitat atau tempat tinggal sebagai penentu kelangsungan hidup sesuatu spesies di samping penghijrahan spesies untuk mencari habitat baru.Hutan bertindak sebagai habitat kepada pelbagai spesies hidupan mikro dan makro.Kemusnahannya menyebabkan kehilangan tempat tinggal hidupan liar.Sesetengah spesies terpaksa berhijrah ke kawasan hutan lain dan terpaksa pula menghadapi persaingan dengan komuniti asalnya manakala sesetengah pula terpaksa dipindahkan.

Kesan kepada cuaca

Kemusnahan hutan menyebabkan perubahan cuaca dunia.Suhu sekitar meningkat kerana ketiadaan pelindung yang menghalang pancaran matahari,dan lebihan gas karbon dioksida dalam atmosfera.Hal ini akan mengurangkan hujan atau mengubah corak hujan sehingga menwujudkan fenomena kemarau.Kemusnahan hutan turut menyebabkan fenomena kesan rumah hijau berlaku.Akibatnya manusia akan berada dalam keadaan tidak selesa kerana kepanasan.

Kesan ke atas sistem geomorfologi

Kemusnahan hutan akan mendedahkan permukaan bumi secara langsung kepada pelbagai proses geomorfologi seperti luluhawa,hakisan,larian air permukaan,serta pelbagai jenis gerakan jisim.Permukaan bumi yang kehilangan pelindung,daya Pengikat dan cengkaman tanah oleh akar-akar pokok menyebabkan struktur tanah menjadi longgar dan cerun-cerun bukit menjadi tidak stabil.Beberapa kes kejadian tanah runtuh serta banjir lumpur yang berlaku di Malaysia merupakan kesan-kesan utama yang terjadi terhadap elemen geomorfologi akibat pemusnahan hutan secara besar-besaran.

KESAN-KESAN PEMUSNAHAN HUTAN TERHADAP MANUSIA

Rantaian makanan akan musnah

Rantaian makanan yang musnah akan mengurangkan bekalan bahan organik untuk proses pereputan dan penguraian oleh organisma pereput dan pengurai.Penghasilan humus yang berkurangan akan menyebabkan tanah tidak subur tanah yang kering,tandus,dan gersang akan menjejaskan aktiviti pertanian penduduk seperti pertanian perladangan.Hal ini akan menyebabkan berlakunya krisis makanan alam kehidupan sumber manusia.Makanan daripada hutan amat penting kepada manusia.Contohnya kawasan masyarakat orang asli sememangnya bergantung kepada sumber makanan dari hutan.Kemusnahan ini menyebabkan mereka tidak boleh mendapatkan sumber makanan.

LANGKAH-LANGKAH PERUNDANGAN

Dasar Perhutanan Negara 1978 telah dibentuk untuk memastikan pengekalan sumber-sumber hutan dan keberterusannya.Melalui dasar ini,kerajaan telah  mengisytiharkan beberapa kawasan yang sesuai sebagai hutan simpan kekal.Melalui pelaksanaan Dasar Hutan Negara sebanyak 4.8 juta hektar kawasan hutan di Semenanjung Malaysia telah digazetkan sebagai Hutan Simpan Kekal.Dari jumlah ini,2.9 juta hektar telah diuruskan sebagai hutan produktif dan 1.9 juta hektar sebagai hutan perlindungan.Negara juga mempunyai 0.6 juta hektar taman negara dan kawasan hidupan liar.Pihak kerajaan telah meluluskan Akta Perhutanan Negara dan Akta Industri Berasaskan Kayu pada tahun 1984.Akta Perhutanan Negara menetapkan bahawa sesiapa yang menebang pokok di kawasan hutan simpan kekal,boleh  didakwa di mahkamah dan boleh didenda maksimum sehingga RM50000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

LANGKAH KEMPEN DAN PENDIDIKAN ALAM SEKITAR 

Kempen dan pendidikan alam sekitar secara berterusan penting untuk menanam kesedaran dalam kalangan orang ramai.Pendidikan alam sekitar boleh dilaksanakan secara dua peringkat iaitu peringkat sekolah sebagai kurikulum formal yang diajarkan dalam matapelajaran geografi dan interdisplin seperti matapelajaran sains.Satu lagi peringkat  iaitu kepada orang ramai dalam konteks kempen kesedaran seperti Kempen Cintailah Hutan Kita dan sebagainya.Kempen kesedaran dan pendidikan alam sekitar juga dilakukan oleh badan bukan kerajaan(NGO)seperti Persatuan Pencinta Alam Sekitar Malaysia dan Sahabat Alam Sekitar(SAM).Selain itu,Jabatan Perhutanan juga bekerjasama rapat dengan pertubuhan antarabangsa.Misalnya Hari Perhutanan Sedunia disambut setiap tahun oleh Malaysia dengan pelaksanaan program menanam pokok-pokok,pameran,ceramah,dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment