Saturday, August 14, 2010

PULAU HABA

PENDAHULUAN

kini,fenomena alam sekitar seperti kejadian pulau haba yang sering melanda di kawasan-kawasan  bandar.kejadian pulau haba ini berlaku apabila haba yang terkumpul tidak dapat dibebaskan dengan baik.pulau haba boleh terjadi sekiranya suhu di bandar lebih tinggi berbanding dengan kawasan pinggir bandar dan luar bandar.ini akam mewujudkan satu suhu yang rendah di luar bandar.suhu di bandar-bandar utama akan mengalami suhu yang tinggi walaupun di waktu malam.sebagai contoh,di kuala lumpur min suhu 32 darjah celcius,manakala titiwangsa pinggir bandar ialah 26 darjah celcius.apabila suhu bandar meningkat,suhu dunia juga meningkat.pulau haba ini berlaku di sebabkan oleh beberapa faktor yang boleh terbentuknya kejadian pulau haba terutamanya di bandar.ia juga akan memeberi kesan yang negatif kepada alam sekitar manusia dan fizikal.


FAKTOR-FAKTOR KEJADIAN PULAU HABA

-proses pembandaran

antara faktor berlakunya kejadian pulau haba adalah di sebabkan oleh proses pembandaran yang pesat.di kawasan bandar,terdapat banyak bangunan konkrit bersimen yang di bina.dengan ini,haba tidak dapat diserap sebaliknya akan berlakunya pemantulan semula haba yang boleh menyebabkan kejadian pulau haba berlaku.di bandar,semua pembinaan bangunan adalah berasaskan simen.hal ini kerana,simen adalah satu bahan pembinaan yang kukuh.tapak di kawasan bandar juga kini banyak di tutupi oleh simen.secara tidak langsung,struktur yang berasaskan simen ini akan menyebabkan haba terperap dan boleh menyebabkan kejadian pulau haba berlaku di kawasan bandar.selain itu,kawasan yang berlakunya pulau haba di sebabkan oleh terdapatnya banyak bangunan berkaca di bandar.kaca juga tidak dapat menyerap bahangan haba yang ada.contohnya seperti menara klcc,ia di bina dengan berstrukturkan kaca,maka dengan itu kejadian pulau haba amat tinggi di kuala lumpur.kuala lumpur merupakan bandar pulau haba di malaysia.justeru itu,di kawasan bandar tersebut akan berlaku peningkatan suhu setempat dan menyebabkan kejadian pulau haba.ketinggian bangunan juga boleh menyebabkan kejadian pulau haba berlaku.di kawasan bandar terdapat banyak bangunan tinggi yang di bina.maka,haba akan mudah terkumpul di sekitar kawasan bandar tersebut kerana ketinggian bangunan akan menyukarkan pembebasan haba di lakukan di kawasan bandar.contohnya seperti menara kuala lumpur.

-asap kenderaan, asap kilang,pembakaran terbuka(pencemaran udara)

kejadian pulau haba berlaku disebabkan oleh pencemaran udara seperti asap kenderaan.di bandar,terdapat banyak kenderaan yang di gunakan.ini kerana,bandar adalah tempat di mana terdapat banyak peluang pekerjaan di kawasan bandar.jadi bandar adalah kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai dari segi kewangan,tempat tinggal mahupun keseronokan.asap kenderaan yang mengandungi fosil akan menyebabkan haba bertambah di kawasan bandar.kenderaan yang banyak akan mengeluarkan asap yang banyak sehingga boleh menyebabkan kejadian pulau haba.asap kilang juga menyebabkan kejadian pulau haba.di bandar,terdapat banyak sektor perkilangan yang di dirikan.oleh kerana itu,di kawasan bandar terdapat banyak peluang pekerjaan yang tersedia.kesan daripada kewujudan kilang-kilang tersebut akan menyebabkan kejadian pulau haba kerana asap daripada aktiviti perkilangan tadi akan terkumpul di kawasan bandar dan haba tidak dapat di serap yang menyebabkan kejadian pulau haba berlaku.perlepasan gas seperti karbon monoksida,karbon dioksida,hidrocarbon tersebut juga akan menyebabkan suhu di bandar meningkat.

-kekurangan tumbuhan hijau/pokok-pokok

di kawasan bandar,tumbuhan hijau memang semakin berkurangan kewujudannya.proses penyerapan tidak dapat di jalankan dengan baik di bandar akibat daripada kekurangan tumbuhan hijau dan pokok-pokok.dengan ini,bahangan haba di bandar tidak dapat di serap kerana kekurangan tumbuhan hujau dan pokok-pokok di kawasan bandar tersebut.tumbuhan hijau dan pokok memainkan peranan yang penting di kawasan bandar kerana dengan secara tidak langsung ia dapat merendahkan suhu di bandar.maka dengan itu, tumbuhan hijau dan pokok ini amat penting penanamannya di kawasan bandar kerana ia dapat mengelakkan kejadian pulau haba.di samping itu juga,ia dapat merendahkan suhu di kawasan bandar.sebagai contoh,di kuala lumpur pokok-pokok dan tumbuhan hijau berkurangan kerana banyak aktiviti pembangunan yang di jalankan.tanpa tumbuhan hijau,haba tidak dapat di serap dan ini menyebabkan kejadian pulau haba berlaku.

KESAN PULAU HABA TERHADAP ALAM SEKITAR

-alam sekitar manusia(wujud penyakit)

dampak terhadap alam sekitar manusia apabila pulau haba berlaku adalah seperti timbulnya penyakit seperti sakit kepala,sakit mata,kulit kering dan kehilangan air dlm badan.pulau haba di bandar akan menyebabkan seseorang itu sakit kepala kerana manusia tidak akan dapat menerima persekitaran yang terlalu panas.bahangan haba ini akan menyebabkan seseorang itu menjadi pening.seseorang itu juga boleh mengalami pitam kerana menerima haba yang berlebihan di kawasan bandar.pulau haba juga menyebabkan seseorang itu mengalami sakit mata.mata manusia akan mudah terjejas apabila di sesuatu kawasan bandar itu menerima haba yang berlebihan.mata manusia tidak boleh menerima cahaya yang berlebihan.selain itu,kulit manusia juga akan menjadi kering kerana berlaku peningkatan suhu di bandar di sebabkan pulau haba.kelembapan udara rendah di bandar menyebabkan suhu meningkat sehinggalah terbentuknya pulau haba di bandar.kulit manusia amat sensitif untuk menerima bahangan haba yang berlebihan.pulau haba juga menyebabkan kehilangan air dalam badan manusia.panas yang melampau akan menyebabkan air dalam badan manusia berkurangan kerana manusia mudah mengeluarkan peluh ketika mengalami suhu yang tinggi.

-alam sekitar fizikal(suhu di bandar meningkat/iklim mikro)

pulau haba menyebabkan suhu di bandar meningkat.suhu di bandar meningkat kerana di pengaruhi oleh konsep urbanisasi pesat sesebuah bandar seperti pembinaan bangunan,jalanraya dan kegiatan domestik yang mempengaruhi unsur-unsur iklim.suhu di bandar lebih tinggi berbanding luar bandar kerana morfologi bandar seperti kepadatan bangunan,bahan binaan(simen,bata) yang menyimpan haba.dengan ini,kejadian pulau haba akan menyebabkan suhu di bandar meningkat.selain itu,pulau haba di sebabkan  oleh aktiviti manusia yang membebaskan karbon dioksida,karbon monoksida dan lain-lain sehinggalah suhu di bandar meningkat.suhu bandar berbeza denagn kawasan pinggir bandar iaitu 2-10 darjah celcius.

KEIMPULAN

pulau haba adalah fenomena yang sering berlaku di kawasan bandar terutamanya di bandar-bandar utama.fenomena pulau haba ini akan menjadi bertambah kritikal sekiranya tiada langkah pencegahan yang di ambil oleh pihak yang berkuasa kerana pulau haba ini akan menjejaskan kehidupan alam sekitar manusia mahupun alam sekitar fizikal.

No comments:

Post a Comment