Thursday, August 19, 2010

Penebangan Hutan

         Hutan boleh didefinisikan sebagai suatu formasi yang dikuasai oleh pokok.Perkataan hutan biasanya merujuk kepada tiga konsep yang berlainan.Konsep yang pertama ialah hutan merujuk kepada dirian pokokatau tumbuh-tumbuhan yang menyerupai pokok.Konsep kedua pula menyatakan hutan merujuk kepada seluruh komuniti tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang dikuasai oleh pokok.Menurut konsep ketiga,hutan merupakan seluruh sistem komuniti yang dikuasai oleh pokok yang berfungsi,termasuk substrat abiotik dan persekitaran atmosferanya.Hutan hujan adalah komuniti tumbuhan yang padat dengan pokok-pokok yang mempumyai adaptasi terhadap kelembapan di mana ia mempunyai daun-daun yang lebar walaupun saiz daun bukanlah ciri utama dalam pembentukan jenis hutan hujan.Terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada penebangan hutan dan membawa kepada kesan-kesan buruk.Pelbagai langkah yang efektif telah pun diambil untuk mengatasi masalah ini
          Salah satu faktor yang menyumbang kepada penebangan hutan ialah aktiviti pembangunan.Pembinaan kawasan perumahan dan bangunan-bangunan yang tinggi menyebabkan banyak kawasan hutan terpaksa ditebang.Kpesatan industri pelancongan turut menyumbang kepada kemusnahan hutan.Pembukaan tempat pelancongan baru memerlukan banyak bangunan didirikan.Ini termasuklah pembinaan prasarana seperti jalan raya untuk menghubungkan tempat pelancongan dengan kawasan bandar.Pembangunan yang terlalu mendadak dan tidak terancang di kawasan pelancongan akan memusnahkan ekosistem kawasam tersebut.Aktiviti pembalakan haram juga semakin berleluasa sejak kebelakangan ini.Aktiviti ini dijalankan secara tidak terancang dan salah di sisi undang-undang semata-mata untuk mendapatkan sumber kayu-kayan untuk mengaut keuntungan dengan jalan mudah.Hal-hal sebeginilah yang akan menyebabkan kepupusan flora dan haiwan-haiwan kehilangan habitat mereka.Contohnya,aktiviti pembalakan yang berlaku di Pulau Redang dan Kuala Terengganu.
         Faktor lain yang menjadi penyumbang kepada penebangan hutan ialah aktiviti pembinaan jalan raya.Aktiviti ini memerlukan proses penerokaan hutan dan sudah tentu akan melibatkan aktiviti penebangan hutan.Hal inilah yang akan menyebabkan kejadian tanah runtu.Kejadian ini berlaku kerana struktur tanah longgar dan tidak stabil ekoran daripada kehilangan cengkaman akar pokok.Fungsi akar pokok adalah untuk meneguhkan kestabilan struktur tanah.Oleh itu,apabila banyak pokok yang ditebang,struktur tanah menjadi tidak stabil dan akan membawa kepada kejadian tanah runtuh.Terdapat banyak kejadian tanah runtuh yang telah berlaku di Malaysia seperti kejadian di Bukit Antarabangasa,Kuala Lumpur dan Bukit Cnada di Miri,Sarawak.Pemusnahan yang berlarutan terhadap hutan akan menyebabkan berkurangnya penukaran karbon dioksida kepada organik karbon di udara.Hal ini akan menyebabkan kawasan tadahan hujan dan tempat menyerap serta menapis air hujan sebelum disalurkan ke sungai musnah.Akibatnya,bekalan air di negara ini akan terputus.
          Terdapat beberapa langkah yang telah diambil oleh kerajaan bagi mengawal aktiviti penebangan hutan.Salah satu daripadanya adalah melalui perundangan.Dasar Pehutanan Negara 1978 telah mengisytiharkan hutan simpan kekal untuk mewujudkan hutan perlindungan,hutan berhasil dan hutan lipur.Akta Perhutanan Negara 1984 dan Akta Industri Berasaskan Kayu 1985 telah menggariskan beberapa larangan.Antara larangan yang dikenakan adalah larangan memasuki hutan simpan kekal,serta menebang,memotong dan memindahkan sebarang hasil hutan dan mineral.Orang ramai tidakdibenarkan untuk membersihkan apa-apa tanah untuk tujuan tanaman selain dilarang menggunakan sebarang bahan beracun dan letupan bagi tujuan menangkap ikan,memburu dan menembak haiwan liar.
          Pengurusan Hutan Strategik adalah salah satu langkahyang efektif untuk mengawal aktiviti penebangan hutan.Terdapat dua sistem yang diperkenalkan iaitu Sistem Sebaya Malaya dan Sistem Tebangan Memilih.Sistem-sistem ini amat menitikberatkan kaedah penebangan hutan secara sistematik dan berjadual.Dalam Sistem Sebaya Malaya,hanya pokok yang mempunyai nilai dagangan dalam sesuatu operasi dan tempoh pusingannya adalah di antara 60-80 tahun yang akan ditebang.Dalam Sistem Tebangan Memilih,satu inventori hendaklah dibuat di kawasan yang hendak ditebang.
          Selain itu,pendidikan alam sekitar juga telah dipraktikkan dalam usaha mengawal aktiviti penebangan hutan.Langkah ini telah dilaksanakan dalam dua peringkat iaitu formal dan tidak formal.Kurikulum formal diajar dalam Geografi dan subjek lain untuk meningkatkan kesedaran pelajar terhadap kepentingan hutan.Padaperingkat tidak formal,aktiviti yang diadakan adalah dalam bentuk kempen kesedaran seperti "Kempen Mencintai Hutan Kita","The Green World" dan lain-lain lagi.Malaysia juga banyak menjalinkan kerjasama dengan negara-negara serantau dan pertubuhan-pertubuhan lain seperti  ASEAN dan turut menyertai Program Alam Sekitar Malaysia.Program silvikultur pula adalah satu cara pemulihan hutan dan penggantian yang teratur.Salah satu daripadanya adalah projek ladang hutan kompensatori yang bertujuan membekal bahan kayu industri dan memenuhi keperluan tempatan.
          Kesimpulannya,penebangan hutan yang semakin berleluasa di Malaysiaini haruslah ditangani dengan segera.Kerajaan dan orang ramai haruslah berganding bahu dan bersama-sama memikirkan idea-idea yang lebih kritis untuk mengawal masalah ini.Hutan-hutan di negara ini perlu diselamatkan supaya alam sekitar ini tidak terjejas dan generasi-generasi akan datang dapat mewarisi alam sekitar yang bersih,sihat dan selamat.Bagi mengatasi masalah ini,faktor penyumbang haruslah dikaji dengan lebih mendalam terlbih dahulu.Kesedaran orang ramai terhadap kepentingan hutan juga haruslah ditingkatkan.Slogan "Cintailah Hutan Kita" haruslah dipraktikkan,bukannya sekadar kata-kata kosong sahaja.

5 comments:

  1. nape bagy dalam bentuk karangan.....ingat org suke baca karangan ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nor Hidayah : Ko ni macam2, article macam nih la senang untuk di fahami. takkan nak bagi dalam bentuk ayat mesej or ayat fb kot. Nak lagi perfect macam mana kau nak, kau buat senderi ye.. :) Bersyukur lah apa yang ada...

      Delete