Monday, August 16, 2010

PEMANASAN GLOBAL

PENGENALAN

Isi pemanasan global adalah antara isu dunia yang menarik perhatian serata masyarakat di seluruh pelusuk dunia kerana pemanasan global menjadi pencetus fenomena iklim yang ekstrem yang menghasilkan pelbagai malapetaka seperti ribut taufan dan banjir di seantero dunia.Pemanasan global menjadi suatu keadaan alam sekitar yang mengalami peningkatan suhu yang tinggi berbanding dengan suhu yang normal.Hal ini menyebabkan kita terasa panas walaupun pada waktu malam.Ahli-ahli sains dan geografi sependapat mengatakan punca utama pemanasan  global ialah penipisan lapisan ozon akibat pelepasan gas khususnya kloroflurokarbon(CFC).Bagi tempoh 1997 hingga 2008,pengeluaran karbon dioksida di dunia berikutan penggunaan bahan bakar fosil meningkat 31%.Fenomena musim panas dan kebakaran hutan semakin parah di seluruh dunia,dari Amerika Syarikat(AS)bahagian barat hingga Australia memberi tekanan yang hebat kepada keseimbangan ekosistem di dunia.

FAKTOR-FAKTOR PEMANASAN GLOBAL

Pelbagai faktor yang menyumbang kepada pemanasan global antaranya ialah penipisan ozon ,kejedian kemarau,dan jerebu,kejadian pulau haba,hujan asid dan kesan rumah hijau.Jerebu berlaku disebabkan terdapat banyak debu,asap,habuk dan bahan-bahan pencemar penncemar lain yang terapung-terapung  di udara akibat aktiviti manusia dan secara semulajadi.Jerebu boleh mengurangkan jarak penglihatan.Selain itu,jerebu juga boleh menjejaskan kesihatan manusia,contohnya kesukaran untuk bernafas.Faktor yang menyumbang kepada pemanasan global ialah kesan rumah hijau.Kesan rumah hijau merupakan aktiviti pemanasan bumi akibat terlalu banyak haba yang terperangkap  dalam lapisan atmosfera dan menghalang pembalikan semula bahang dari bumi dari atmosfera.Haba yang dipantulkan semula ke bumi menyebabkan atmosfera menyimpan banyak haba dan bumi menjadi semakin panas.Kesan rumah hijau terjadi karana berlakunya peningkatan pelepasan gas seperti karbon dioksida,nitrogen monoksida dan metana  ke atmosfera.Selain itu,pulau haba bandar juga merupakan fenomena atmosfera yang berkaitan dengan peningkatan suhu yang tinggi di dalam kawasan bandar berbanding kawasan sekitarnya.Ia berlaku apabila pelepasan haba di kawasan membangun khususnya di bandar-bandar terlalu banyak dan tersekat oleh bangunan-bangunan tinggi pengcakar langit.Haba yang tidak dapat dilepaskan ke atmosfera akan membahangi kawasn sekitar.

Menurut kajian yang dilakukan oleh Persatuan Kesihatan Sedunia (WHO),perubahan iklam yang telah terjadi sejak tahun 1970-an telah menyebabkan 150 ribu kematian dalam setahun berpunca daripada peningkatan kes penyakit.Pemanasan global mendatangkan kesan buruk kapada manusia antaranya ialah ciirit-birit,demam denggi berdarah,malaria dan kanser kulit.Perubahan iklim yang berkaitan dengan pola mempengaruhi penyebaran pelbagai mikro organisma penyebaran penyakit.Hujan mencemari air dengan cara memindahkan kotoran manusia dan haiwan ke air tanah.Antara organisma yang dikaitkan dengan pennyakit cirit-birit ialahk Kriptosp orodium ,Grardia dan E.Coli.Selain itu,demam denggi berdarah dan malaria merupakan antara penyakit yang menyumbang kepada kes kematian di seluruh dunia.Udara lembap dan hangat menjadi habitat yang paling digemari nyamuk, terutama nyamuk jenis Anopheles dan Aedes Aegypti.Nyamuk jenis ini merupakan penyebar parasit malaria dan virus denggi. 

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI PEMANASAN GLOBAL

Langkah-langkah drastik haruslah dijalankan seluruh pihak khususnya manusia yang menjadi penghuni di dunia ini.Langkah mengatasi masalah pemanasan global boleh diatasi dengan dimulakan melakukan pekara-pekara kecil di rumah seperti hemet dalam penggunaan  elektrik,penjimatan air dan memanfaatkan sumber tenaga dari alam semula jadi contohnya menggunakan tenaga suria untuk tujuan penggunaan dan pemanas air.Melaksanakan kempen manhiajukan alam yang mampu mengalakkan orang ramai menanam tanaman separti bunga,buah dan tumbuha lain.Pohon-pohon yang ditanam mampu meneutralkan CO2 di udara sekaligus menyegar dan menyihatkan kita.Selain itu,pengurusan penggunaan kenderaan bermotor juga perlu dalam mencegah pemanasan global.Biasakan diri kita untuk berbasikal atau berjalan yang sudah pasti mampu menyihatkan tubuh.Contohnya ketika kita ingin berbelanja di pasaraya di sekitar rumah.Bagi jarak yang lebih jauh,gunakan pengangkutan umum seperti bas atau monorel dan berkongsi kereta dengan teman sekiranya ingin pergi ke destinasi yang sama.

KESIMPULAN

Suhu dunia semakin meningkat dengan cepat dari tahun ke tahun.Trend kenaikan suhu membimbangkan kita terhadap isu pemanasan global.Kesan dan bahang pemanasan global juga telah menggangu sistem cuaca dan iklam di negara kita secara tidak langsung.Iklim khatulistiwa dengan panas dan lembap sepanjang tahun telah tidak berada pada paras normal lagi akibat peningkatan suhu ini.Pelbagai kesan telah dirasai panduduk di muka bumi akibat pemanasan global.Justeru itu,kita haruslah sedar betapa pentingnya bumi ini kepada manusia dan makhluk lain yang turut menghuni bumi.

3 comments: