Friday, August 20, 2010

TANAH RUNTUH


PENGENALAN


Tanah runtuh merupakan antara fenomena bencana alam yang sering mendapat perhatian umum pada masa kini di negara kita, Malaysia.Kebiasaannya, tanah runtuh berlaku secara semulajadi.Selain itu, tanah runtuh juga terjadi akibat daripada aktiviti manusia sendiri.Tanah runtuh melibatkan proses gelongsoran tanah atau pergerakan tanah dari satu kedudukan yang tidak stabil.Ianya berlaku dengan pantas atau perlahan oleh tarikan graviti.Pergerakannya boleh disertai dengan agen pembawa seperti aliran air ataupun tidak.Kejadian tanah runtuh yang disebabkan oleh perbuatan manusia adalah seperti penarahan kawasan bukit, perlombongan dan aktiviti pembangunan lain.Jatuhan batuan atau debris, gelongsoran batuan atau debris, aliran debris atau lumpur dan gelinciran ais (avalanches) merupakan klasifikasi secara asas bagi pergerakan runtuhan tanah.Debris atau puing merupakan bahan batuan yang bercampur tanah.Bahan-bahan ini juga dipercayai akan mengalami kegagalan disebabkan oleh beberapa faktor yang boleh mencapai jumlah yang besar sehingga 1,000,000 meter padu dan boleh mengakibatkan kemusnahan yang besar kepada kawasan sekitarnya.Kawasan bertopografi cerun biasanya lebih berisiko mengalami kejadian tanah runtuh akibat ketidakstabilan cerun berbanding kawasan yang agak landai dan rata.


Jenis-jenis Tanah Runtuh Akibat Kegagalan Cerun Batuan




Rajah 1: Jatuhan batuan dan blok batuan


Rajah 2: Keterbalikan (topple)


Rajah 3: (D) Jatuhan Batuan, (E) Topple


Rajah 4: Jatuhan Debris


Rajah 5: Kegagalan Baji

Tanda-tanda Akan Berlakunya Tanah Runtuh


Terdapat beberapa tanda sebelum berlakunya tanah runtuh.Antaranya ialah penjelmaan mata air atau tanah basah yang melampau yang tidak pernah terjadi.Seterusnya akan ada retakan baru serta pembengkalan tanah, jalan atau kaki lima.Lantai konkrit akan mengalami retakan yang ketara dan mendadak.Paip air juga akan mengalami kebocoran dan pecah.Selain itu, pintu serta tingkap rumah juga tidak boleh ditutup dengan rapat seperti biasa.

Faktor Ringkas

Punca berlakunya tanah runtuh boleh disebabkan oeh beberapa faktor ringkas.Tanah runtuh berlaku apabila kandungan air menjadi tinggi yang akan menyebabkan tanah menjadi tepu dan hilang sifat kohesifnya.Ini akan menyebabkan tanah menjadi lembap dan mudah bergerak seterusnya mengalir ke tempat lain sehingga cerun menjadi tidak stabil.Seterusnya, letusan gunung berapi akan menghasilkan mendakan piroklas, hujan lebat, dan aliran lumpur dengan banyak yang boleh memasuki sungai-sungai atau tasik.Apabila berlakunya gempa bumi, ia akan menyebabkan gegaran yang boleh mengakibatkan struktur cerun menjadi lemah untuk mengalami runtuhan atau pergerakan sesar (discontinuity) yang akan menjadi lebih aktif.Penebangan pokok juga boleh meyebabkan tanah runtuh berlaku.Aktiviti ini mempunyai risiko berlakunya hakisan tanah yang lebih teruk pada cerun.

Selain daripada faktor diatas, tanah runtuh juga berlaku disebabkan oleh beberapa faktor lain seperti faktor alam dan faktor manusia.

Faktor Alam

Faktor alam yang boleh dibincangkan ialah geomorfologi. Penimbusan tanah yang banyak ke sesuatu kawasan akan mengubah geomorfologi kawasan tersebut. Geomorfologi terjadi apabila ada gelongsoran dimana satu cerun yang curam di atas satu permukaan yang mempunyai kekuatan bahannya rendah.Contohnya, kejadian di Rockland yang berlaku akibat kegagalan yang berada pada dasar satu cerun yang agak curam di mana tekanan tidak dapat menyokong berat bahan. Jenis dan ketebalan bahan juga merupakan salah satu faktor alam.Faktor alam yang seterusnya ialah pemendakan yang memainkan peranan signify dalam permulaan bagi tanah runtuh. Pemendakan akan bertambah pada musim sejuk kerana kekuatan tanah berkurang akibat air berlebihan. Air berlebihan boleh menyebabkan pertambahan beban pada bahan dalam sistem disamping tekanan liang juga akan bertambah dengan pengurangan kekuatan bahan. Hal ini akan mengakibatkan kegagalan cerun berlaku.


Faktor Manusia


Faktor manusia pula ialah pengubahsuaian cerun atau oversteeping yang biasanya berlaku di jalanraya, pembinaan kejuruteraan dan pembinaan landskap. Puncak cerun overloading juga merupakan faktor manusia dimana berat isi dan struktur-struktur bahagian atas satu cerun diletakan bagi bahan-bahan dibawah.Sekiranya muatan bertambah lagi boleh mengakibatkan gelongsoran. Pemindahan tumbuh-tumbuhan yang kerap akan menyebabkan berlakunya tanah runtuh.

Kesan Tanah Runtuh

Tanah runtuh merupakan satu malapetaka yang member impak yang berbahaya kepada manusia dan juga hidupan lain.Antara kesan sosial yang dapat dihuraikan adalah kehilangan nyawa. Apabila berlakunya tanah runtuh, banyak nyawa akan terkorban.Contohnya, tragedi tanah runtuh yang menyayat hati di Highland Tower, Ulu Kelang pada 11 Disember 1993 yang telah meragut 48 nyawa dan ramai yang cedera.

Rajah : Tragedi Tanah Runtuh di Highland Tower

Tanah runtuh juga akan menyebabkan kerosakan infrastruktur seperti harta benda akibat daripada daya aliran tanah atau lumpur. Ekonomi negara juga akan merosot akibat daripada kejadian ini. Kos yang banyak diperlukan bagi proses membaik pulih kerosakan akibat tanah runtuh.Bencana tanah runtuh juga akan menyebabkan perubahan landskap yang amat ketara pada permukaan bumi. Kawasan tanah tinggi berkemungkinan menjadi rata akibat timbunan tanah dan lumpur daripada bencana tanah runtuh. Kejadian tanah runtuh juga sedikit sebanyak mengganggu emosi mangsa. Mangsa akan sentiasa berada dalam ketakutan. Mangsa juga terutamanya mangsa kanak-kanak akan terbelenggu dalam kesedihan kerana kehilangan ahli keluarga.

KESIMPULAN

Tuntasnya, bencana ini merupakan petanda semulajadi ekoran daripada perubahan ekologi atau ekosistem alam. Pelbagai faktor telah menyebabkan berlakunya perubahan ekologi secara mendadak sehingga meragut banyak nyawa yang tidak berdosa. Tidak dinafikan kejadian tanah runtuh adalah secara semulajadi, namun begitu, langkah-langkah bersedia menghadapi bencana ini haruslah dititikberatkan.Sebagai rakyat Malaysia, kita haruslah mengamalkan amalan ‘sediakan payung sebelum hujan’ bagi mengelakkan lagi banyak nyawa terkorban. Semua pihak haruslah berganding bahu memberi bantuan kecemasan kepada pihak yang memerlukannya bagi meringankan kesengsaraan mereka.

1 comment: